Maybank, perbankan negara kini memaparkan data keuntungan bersih pada paras RM2.17 bilion bagi suku ketiga 2022, yang berakhir 30 September lalu.
Perolehan itu jelas memaparkan lonjakan 28.5% berbanding perolehan pada suku yang sama tahun lalu iaitu RM1.73 bilion. Sementara bagi pendapatan bersih operasi pula, Maybank mencatatkan RM7.41 bilion meningkat 20.6% dicatatkan pada pendapatan bersih.
Peningkatan ini menurut Maybank didorong berasaskan penambahbaikan dalam lialibiliti kewangan dan platform keuntungan pertukaran wang asing. Turut menyumbang adalah pertumbuhan pinjaman yang semakin baik dan perkembangan margin faedah bersih hasil kenaikan faedah di pasaran.
Melihat pada perolehan positif ini, Maybank kekal akui pihaknya terus mengambil langkah berwaspada untuk mendepani sebarang risiko pada prospek pertumbuhan akhir 2022 ini dan prospek di tahun 2023 kelak.