Sejak menapak di Malaysia pada tahun 2010, Uniqlo jenama pakaian harian milik Jepun ini terus meluaskan empayar mereka di seluruh negara dengan membuka cawangan di pasaran Kelantan iaitu di Aeon Mall Kota Bharu – mulai 24 November ini.
Pembukaan cawangan tersebut secara langsung menjadikan ia sebagai kedai fizikal Uniqlo ke 52 di Malaysia.
Menerusi pembukaan tersebut menurut laporan Tajria, Uniqlo akan memberi pelbagai tawaran menarik sepanjang 24 November sehingga 27 November kepada pengunjung tempatan. Antaranya perolehan Ana Tomy Spiral Notebook, tumbler dan Novelty Box Doorgift.
Adanya kemasukan jenama Uniqlo ke pasaran negeri itu, ia secara langsung bakal meningkatkan permintaan jualan serta pewujudan peluang pekerjaan dalam sektor perkhidmatan buat penduduk negeri. Oleh itu jangan lepaskan peluang untuk kunjungi cawangan baharu Uniqlo di negeri Kelantan.