Artikel

Ekonomi Malaysia Dijangka Lebih Perlahan 4.3% Pada 2023

Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka kekal positif pada tahun 2023, meskipun alirannya disasar perlahan kepada 4.3% berbanding unjuran asal 8.2% pada tahun ini.

Tinjauan RAM Ratings, agensi penarafan negara itu menjelaskan aliran perlahan ini adalah disebabkan kesan tindakbalas pertumbuhan lebih lemah berlaku, terutama kelembapan dalam permintaan elektronik pengguna yang akan memberikan kesan kepada sektor semikonduktor negara.

Selain kesan ini, ketidaktentuan geopolitik turut berupaya menekan negara ke arah senario kemelesetan dan situasi itu akan menjejaskan pertumbuhan negara.

Akan tetapi pertumbuhan negara berupaya untuk kekal positif, melalui pengukuhan struktur asas domestik – di mana dengan langkah itu struktur ekonomi akan berterusan meluas.

Setakat ini Malaysia masih perlu bersedia akan sebarang kesan global ke atas ekonomi negara. Khususnya tatkala kenaikan inflasi 4.5% dan lonjakan kadar faedah boleh menyebabkan risiko kenaikan harga negara berterusan berlaku sehingga menjejaskan aliran perbelanjaan pengguna dalam sektor ekonomi.