Artikel

Mahkamah Putuskan Larangan Merokok Di Kedai Makan Masih Kekal

Sejak akhir tahun 2018, sekumpulan perokok telah menyaman kerajaan berikutan tindakan larangan merokok di premis makanan pada tahun 2019 – namun Mahkamah Rayuan hari ini telah mencapai keputusan bahawa larangan tersebut adalah terpakai dan masih berkuat kuasa.

Keputusan mahkamah menjelaskan tindakan larangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu adalah munasabah dan tidak menyalahi sebarang aturan Perlembagaan Persekutuan.

Larangan merokok itu dilihat tidak menjejaskan hak saksama perokok kerana para perokok masih dibenarkan untuk makan dan minum di premis makanan, namun tidak boleh merokok dalam tiga meter dari kedai makan berkenaan.

Pihak perundangan turut menegaskan, seharusnya kumpulan perokok turut menitikberatkan hak bukan perokok sebagaimana yang dituntut mereka. Oleh itu semua orang awam, diminta patuhi larangan yang telah dikuat kuasakan sekiranya gagal berbuat demikian – individu terbabit boleh berdepan pengenaan denda bermula RM250 untuk kesalahan pertama sehingga RM350 untuk kesalahan ketiga.