Artikel

Selangor Jamin Data Peribadi Pengguna Dompet Digital Wavpay Dilindungi

Memahami kegusaran segelintir pihak akan tahap keselamatan sesebuah aplikasi, Selangor kini memberi jaminan bahawa data peribadi penggunaan dompet digital Wavpay adalah selamat dan dilindungi.

Perkongsian pada sidang DUN hari ini menjelaskan data penerima Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas) dan Skim Insurans Am Selangor (Insan) yang menggunakan aplikasi aplikasi tersebut kekal terjamin susulan aplikasi tersebut di bawah kawal selia Bank Negara Malaysia (BNM).

Maka secara asasnya, segala data-data dan maklumat yang dikumpulkan itu menjadi milik kerajaan negeri sebagai pemegang antara saham dan syaratnya serta selain itu ia perlu patuhi kriteria BNM untuk memastikan keselamatan data perlindungan maklumat.

Akan tetapi turut menjadi tanggungjawab para pengguna, untuk tidak berkongsikan maklumat peribadi mereka pada aplikasi bersama pihak lain. Tindakan itu kelak membawa risiko kepada pencerobohan data.