Artikel

Pavilion Bukit Jalil Bakal Dijual Pada Nilai RM2.2 Bilion

Pavilion REIT (Real Estate Investment Trust) kini dimaklumkan bercadang membeli Pavilion Bukit Jalil Mall pada nilai harga RM2.2 bilion.

Peralihan daripada tampuk Regal Path Sdn Bhd itu dilihat berupaya membantu syarikat daripada ditakrifkan sebagai PN17 di bawah Keperluan Penyenaraian.

Makluman jualan ini pada Bursa Malaysia memperincikan, Regal Path akan menjual satu blok pusat membeli-belah runcit yang memiliki 5 aras itu bersama 2 aras tempat letak kenderaan di bawah tanah.

Penjualan ini turut akan melibatkan peralihan aset serta hak berkaitan.

Buat pengetahuan umum, Regal Path adalah syarikat usaha sama anak syarikat milik penuh Malton, Khuan Choo Realty Sdn Bhd, anak syariikat milik penuh Qatar Investment Authority, Q PBJ Sdn Bhd serta syarikat persendirian Jelang Tegas Sdn Bhd.