Ambank, perbankan ke-6 terbesar di Malaysia kini memaklumkan sedang teliti potensi segmen baharu buat kumpulan yang kurang mendapat perhatian dalam kewangan. Semakan itu sedang dijalankan melalui penawaran secara digital seiring dengan persaingan kemunculan bank digital tidak lama lagi.
Mengikut laporan TheEdge, setakat ini Ambank telah memiliki beberapa baris perniagaan merangkumi perbankan runcit, perbankan borong, perbankan perniagaan dan perbankan Islam. Maka pihaknya melihat kumpulan yang kurang bernasib baik seperti memiiki pendapatan rendah daripada kriteria bank, wajar diberi tumpuan. Ini termasuklah kumpulan yang tidak memiliki pendapatan tetap mahupun penyata gaji.
Bagaimanapun sasaran tersebut dijangka memakan masa sehingga 2 tahun sebelum kumpulan meraih hasil yang membrangsangkan.
Buat pengetahuan umum, usaha Ambank dalam perkhidmatan digital ini bukanlah suatu perkara yang baru – sebelum ini bank telah memulakan penawaran digital bersama Merchantrade Asia dan BonusLink, kini perbankan optimis untuk perkasakan penawaran kewangan digital mereka ke usaha selanjutnya.