Artikel

Agong Titah 30 Ahli Dewan Rakyat BN Hadir Menghadap Secara Individu, Pada 23 Nov Ini

Usai pertemuan bersama dua ketua parti gabungan dari Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) pada petang ini, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melalui kenyataan Istana Negara sebentar tadi – telah menitahkan 30 ahli Dewan Rakyat Barisan Nasional untuk tampil menghadap pada 23 November (esok) ini.

Sesi mnghadap secara individu ini dijadualkan akan berlangsung pada jam 10.30 pagi untuk meneliti kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat berhubung lantikan Perdana Menteri ke 10 dan pembentukan kerajaan baharu kelak.

Langkah ini dilihat bertepatan, selari dengan peruntukan di bawah Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Maka untuk inisiatif tersebut, semua pihak bersama rakyat Malaysia diminta bersabar dan bertenang untuk menanti keputusan yang dicapai kelak.