Pos Malaysia, firma kurier negara kini memaparkan kerugian bersih kepada RM33.63 juta bagi suku ketiga 2022 yang berakhir pada 30 September lalu. Kerugian tersebut dilihat lebih rendah berbanding suku yang sama pada data tahun sebelumnya.
Bagi hasil pula, Pos Malaysia menunjukkan penurunan kepada RM492 juta – di mana hasil yang lebih rendah pada segmen pos dan logistik diperlihat telah berlaku. Untuk makluman hasil logistik telah menurun 4.1% kepada RM248.91 juta.
Selain penyusutan tersebut, tindakan larangan eksport seperti arang batu yang dilaksanakan oleh Indonesia juga turut memberi kesan kepada hasil operasi pada perniagaan marin, diikuti lonjakan e-dagang telah memberi tekanan kepada Pos Malaysia untuk menampung tekanan jumlah bungkusan pengguna.
Maka difahamkan tindakan untuk kekalkan kestabilan operasi, Pos Malaysia bakal mengurangkan kos pengangkutan melalui penambahbaikan produktiviti dan kekal berwaspada akan kesan ekonomi dunia pada industri kurier.