Artikel

Malaysia Perlu Menunggu, Setakat Ini Tiada Keputusan Lantikan PM Malaysia Ke-10

Susulan keputusan pengundian yang diterima pada 19 November lalu yang memperlihatkan ketiadaan kepercayaan majoriti mudah bagi mana-mana parti – hari ini (22 November) Istana Negara di bawah perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah -telah bertindak untuk mempertimbangkan terlebih dahulu calon Perdana Menteri Malaysia ke 10 sebelum dikemukakan kepada umum.

Keputusan tersebut telah didapati hasil pertemuan ketua gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) yang dilaksanakan sebentar tadi.

Pada sidang sebentar tadi Anwar Ibrahim telah merumuskan buat masa ini, tiada sebarang keputusan dicapai dan hanya akan diketahui dalam masa terdekat. Di mana keputusan yang infklusif perlu dicapai untuk pembentukan kerajaan baharu Malaysia.