Memahami keperluan pemerkasaan digital dalam kalangan perniagaan kecil negara (PKS) CIMB Bank kini melaksana langkah kerjasama dengan MESINKIRA – ModulEight Technologies Sdn Bhd untuk melengkapkan kemudahan penyelesaian digital kepada buat ekosistem ekonomi Malaysia.
MESINKIRA untuk makluman akan berperanan menawarkan perisian medium jualan (POS) merangkumi pengurusan inventori, pembayaran, perakaunan dan khidmat laporan kepada PKS. Melalui penyertaan ini, ia akan membantu firma tempatan memiliki penyelesaian analisis digital untuk mengetahui aliran pertumbuhan operasi.
Tidak hanya itu, penyertaan MESINKIRA bersama CIMB turut bertindak meningkatkan pendidikan kewangan dalam kalangan pemain sektor peruncitan.
Bersempena kolaborasi itu, CIMB kini menawarkan tawaran istimewa bersama pelanggan PKS untuk nikmati pengecualian yuran selama 3 bulan bagi mana-mana penyertaan melalui penyelesaian MESINKIRA. Tawaran ini bermula awal November lalu sehingga 31 Disember kelak, bagi ketahui maklumat lanjut pemain industri boleh merujuk pada laman CIMB PKS untuk perincian seterusnya.