Tabiat perbelanjaan yang menggalakkan daripada pelancong asing di Malaysia, dilihat berpotensi menjadikan negara ini sebagai destinasi membeli-belah antarabangsa.
Sejak tahun 2022 lagi, negara berjaya mencatatkan 20.6% daripada jumlah RM25.8 bilion perbelanjaan pelancong mewakili perbelanjaan membeli-belah. Kutipan tersebut tidak terhenti disitu, Malaysia menjana perbelanjaan beli-belah pelancong sekitar RM6.5 bilion (2018) dan RM7.1 bilion (2019).
Tingkah laku pembelian ini sekaligus menyakin sektor peruncitan negara untuk mempromosikan Malaysia sebagai hab membeli-belah. Untuk makluman mengikut Pusat Maklumat Harta Tanah Negara setakat akhir 2021, di Malaysia terdapat 567 pusat membeli-belah sedia ada dengan keluasan ruang niaga 13.146 juta mp. Di mana lebih 44% (165 pusat beli-belah) adalah terletak di Lembah Klang.
Melalui kerancakkan pembangunan segmen beli-belah di negara ia sekaligus merancakkan lagi aliran perbelanjaan oleh para pelancong dari tahun ke tahun.
Selain itu, Persatuan Peruncit Malaysia (MRA) pada masa yang sama turut mencadangkan peningkatan pelaburan bersama sokongan teknologi pada peruncitan dan logistik diperkasakan. Langkah ini tidak sekadar meningkatkan kemudahan pengguna, tetapi turut membantu industri menampung ketirisan pekerja dengan lebih baik.