Perolehan 49 kerusi pada pengundian Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) sekaligus meletakkan parti PAS di kedudukan dominan dan secara langsung telah menjejaskan pengamatan pelabur pada saham berkaitan perjudian dan alkohol.
Pemerhatian Bloomberg pada papan pelaburan semalam (21 November) mencerminkan beberapa saham pengendali segmen tersebut telah mulai merosot. Melibatkan pengendali kasino, pembekal peralatan loteri dan penyedia minuman alkohol.
Ini aliran penurunannnya;
Peningkatan pada pemilihan parti tersebut secara langsung memberi petanda kepada para pelabur akan potensi perubahan dasar kerajaan baharu dan pengawalan kuasa pada kedudukan syarikat yang tidak memenuhi tuntutan syariah pada pendirian operasi mereka.