Artikel

Ujian Akhir MRT Putrajaya Fasa 2 Akan Dilaksana – Jangka Beroperasi Januari 2023

Selepas memulakan operasi MRT Putrajaya Fasa 1 pada 16 Jun lalu, kini MRT Corporation akan melaksanakan sesi ujian akhir laluan tren bagi Fasa 2 bermula esok, 22 November sehingga 18 Disember kelak.

Proses ujian bagi MRT Putrajaya Fasa 2 ini menurut laporan akan memperlihatkan pemberhentian tren di semua laluan MRT Putrajaya Fasa 1 tetapi dimaklumkan tidak akan mengambil sebarang penumpang. Sesi tersebut akan melibatkan laluan dari Kampung Batu ke Putrajaya Sentral.

Mengikut makluman rasmi sebelum ini, tahap kemajuan laluan fasa 2 telah mencapai 98% dan pelaksanaan ujian ini adalah sebahagian daripada syarat untuk menguji keberkesanan sistem sebelum perolehi kelulusan daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bagi memulakan perkhidmatan.

Berdasarkan sasaran awal, MRT Corp menjangkakan operasi Fasa Dua dapat dilaksanakan pada Januari 2023 yang membolehkan keseluruhan laluan dari Kawasa Damansara ke Putrajaya Sentral beroperasi secara penuh.