Shopee, platform e-dagang serantau kini terus menjadi pilihan jenaman terbaik di Malaysia sepanjang tahun 2022 dengan perolehan skor 63.4 mata.
Kedudukan ini mengikut tinjauan YouGov, diteliti berdasarkan prestasi kualiti, nilai perkhidmatan, tahap kepuasan pengguna, pengesyoran dan reputasi jenama tersebut.
Menerusi tinjauan tersebut, didapati jenama Milo duduki tempat kedua dengan skor 54.9 diikuti WhatsApp (3 – skor 52.1), Youtube (4 – skor 50.6) dan Google (5 – skor 50.0) untuk senarai 5 jenama terbaik atas. Manakala bagi senarai 10 jenama terbaik di Malaysia pula disusuli dengan Nescafe (6 – skor 45.6)), Kit Kat (7- skor 45.4)), Maggi (8 – skor 45.1), Dettol (9 – skor 44.5) dan McDonald’s (10 – skor 43.1).
Buat pengetahuan umum perolehan data jenama pilihan pengguna ini ditinjau bermula 28 September 2021 sehingga 27 September 2022.