Artikel

3,920 Penjawat Awam Pulau Pinang Bakal Terima Bantuan Khas Separuh Gaji

Pulau Pinang hari ini (21 November) memaklumkan akan memberi bantuan khas kewangan akhir tahun kepada penjawat awam negeri dan persekutuan di bawah negeri tersebut dengan pengagihan setengah bulan gaji atau nilai minimum RM1,200.

Tindakan itu dimaklumkan pada sidang Bajet 2023 Pulau Pinang yang dilaksanakan pada hari ini, di mana ia akan memanfaatkan 3,920 penjawat awam dengan nilai peruntukan kewangan berjumlah RM6.13 juta secara keseluruhannya. Usaha ini adalah tindak-balas kerajaan negeri untuk menghargai usaha penjawat awam memperkasakan perkhidmatan di negeri tersebut.

Selain agihan itu, beberapa peruntukan khas lain turut akan disalurkan kepada petugas Pulau Pinang merangkumi tenaga pengajar KAFA, Sekolah Rendah Agama Rakyat, Sekolah Menengah Agama Rakyat, guru pondok, dan petugas di sekolah persendirian Cina.