Berikutan keputusan mahkamah agung New Zealand pada hari ini (21 November) memaklumkan tindakan kebenaran mengundi hanya dibuka sehingga usia 18 tahun sahaja, ia dilihat melanggar hak golongan muda untuk memilih pentadbiran negara mereka.
Keputusan ini dicapai setelah kumpulan Make It 16 menyuarakan hak pengundi kumpulan tersebut dalam pembentukan pentadbiran dan ekonomi New Zealand.
Maka draf undang-undang pengenalan pengundi sehingga usia 16 tahun kini telah dilampirkan, namun Perdana Menteri Jacinda Ardern memaklumkan perubahan tersebut sukar dilaksanakan untuk tindakan pilihan raya umum 2023 kelak.
Ini kerana bagi kelulusan perubahan, pihaknya memerlukan sokongan 120 anggota Parlimen atau sekurang-kurangnya 75% sokongan daripada mereka. Oleh itu, kebarangkalian penyertaan pengundi 16 tahun untuk turut terlibat dalam pilihan raya kelak mungkin adalah rendah.
Mengikut laporan AFP ini, hanya beberapa negara sahaja telah membenarkan rakyat mereka yang berusia 16 tahun untuk keluar mengundi.