Artikel

Istana Negara Mohon Calon PM Malaysia Dikemuka, Sebelum Jam 2 Petang Pada 21 Nov Ini

Setelah menerima keputusan rasmi Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini (20 November) – Agong kini perkenan meminta ketua parti-parti politik dan ketua gabungan parti-parti politik yang mempunyai jumlah kerusi yang banyak untuk memaklumkan kepada pihak Istana Negara mengenai gabungan parti-parti politik yang telah dipersetujui antara parti-parti politik atau gabungan parti-parti politik berkenaan bagi pembentukan kerajaan baharu selepas PRU15.

Permintaan melalui kerjasama Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun ini sekaligus akan mempelihatkan makluman persetujuan pada mana-mana parti yang telah bersepakat bergabung untuk mengemukakan naman calon Perdana Menteri Malaysia kepada Istana Negara sebelum jam 2.00 petang pada 21 November ini. 

Langkah tersebut akan membawa perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah untuk tindakan membentuk kerajaan Malaysia baharu.