Bangunan pasaraya eCurve yang tidak lagi hidup di Mutiara Damansara, kini dirancang untuk dibangunkan semula sebagai bangunan kediaman.
Sebelum ini, eCurve beroperasi dengan menyertakan sejumlah kedai dan jenama dibawahnya. Tetapi, disebabkan oleh persaingan daripada pelbagai pasaraya berdekatan, ia dilihat tidak dapat menarik angka pengunjung yang tinggi. eCurve Mall ini sebelum ini telah pun ditutup sejak Mac 2021 lepas.
Bangunan kediaman baharu ini kelak akan dibangunkan, dan turut dihubungkan ke bangunan The Curve berdekatan.
Buat masa ini, ia masih pada peringkat perancangan awal, dan mungkin kita akan mendengar lanjut mengenainya dalam masa terdekat ini.