Artikel

74% Rakyat Malaysia Yang Bekerja Di Singapura Rancang Kekal Bekerja Di Sana

Ternyata 74% rakyat Malaysia daripada jumlah responden tinjauan pekerja negara di Singapura 2022, mengakui ingin terus bekerja di Singapura untuk masa hadapan.

Tinjauan ini menurut dapatan di bawah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melalui Institut Maklumat & Analisis Pasaran Buruh (ILMIA) meliputi 40% responden adalah dalam kategori pekerja mahir, diikuti 36% terdiri daripada pekerja separa mahir dan 24% pula adalah pekerja kemahiran rendah.

Manakala 26% responden pula akui tidak merancang untuk meneruskan pekerjaan di Singapura.

Buat pengetahuan umum, ini paras gaji kasar bulanan rakyat Malaysia yang bertugas di Malaysia;

  • Pekerja Mahir – gaji bermula S$2,200 sehingga lebih S$10,000
  • Pekerja Separa Mahir – gaji bermula S$1,500 sehingga S$3,599
  • Pekerja Kemahiran Rendah – gaji bermula S$1,500 sehingga S$3,599

Sementara kategori tahap pendidikan pekerja Malaysia di Singapura pula berdasarkan tinjauan, sekitar 14% rakyat Malaysia memiliki Sarjana Muda, Diploma (20%), STPM (10%) dan SPM (41%). Manakala skop bidang penyertaan memperlihatkan bahagian Pekerja Sokongan Pengkeranian (20%), diikuti Profesional (20%), Operator Mesin dan Loji dan Pemasang (15%), Juruteknik dan Profesional Bersekutu (14%) dan Pekerja Perkhidmatan, Jualan (12%).