Artikel

Pinjaman Bank Disasar Meningkat, Kekal Sehingga 6% Pada 2023

Aliran pinjaman bank kelak dilihat akan terus meningkat dan berkembang sehingga 6% pada tahun 2023.

S&P Global Ratings pada pemerhatian prospek 2023 melihat pertumbuhan itu dapat diraih susulan sasaran ekonomi Malaysia akan stabil hasil permintaan pengguna dan operasi perniagaan negara yang dijangka semakin meningkat.

Untuk makluman paras KDNK negara disasarkan mencapai 6.6% pada tahun ini bersama purata 4.5% dalam tempoh 3 tahun mendatang. Tambahan pertumbuhan Malaysia akan terus mampan bersama jangkaan pengukuhan modal dan peruntukan negara.

Bagaimanapun S&P kekal akui, tahun 2023 akan menampilkan kadar faedah, inflasi yang lebih tinggi sehingga berisiko menjejaskan permintaan kredit. Khususnya ke atas pengguna berpendapatan rendah dan usahawan kecil. Akan tetapi kehadiran bank digital yang dijangka beroperasi pada tahun 2023 dilihat akan menyeimbangkan permintaan pinjaman negara berdasarkan kesesuaian kemampuan pengguna.