Artikel

Produktiviti Buruh Di Malaysia Naik 10.1% – Dengan 15.8 Juta Pekerja

Prestasi buruh Malaysia kini memperlihatkan kemajuan apabila segmen produktiviti meningkat 10.1% pada suku ketiga 2022.

Data di bawah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ini memperincikan peningkatan prestasi tersebut telah memperlihatkan nilai tambah per jam bekerja negara naik 3.8% dengan pertumbuhan RM24,241 bagi setiap pekerja.

Lonjakan itu dilihat seiring dengan perkembangan pendapatan negara KDNK naik kepada 14.2% berbanding suku sebelumnya dengan rekod 8.9%. Tinjauan turut dapati jumlah jam bekerja pada suku ketiga adalah sekitar 9.0 bilion jam lebih tinggi berbanding suku kedua 2022.

Pertumbuhan ini menurut DOSM turut didorong hasil penurunan kadar pengangguran negara, diimbangi dengan pertambahan jumlah pekerja Malaysia kepada 15.8 juta pekerja.