Elon Musk, pemilik baharu Twitter kini merancang untuk menyelesaikan penstrukturan semula operasi tersebut menjelang minggu ini, dan lebih menarik terdapat juga pertimbangan untuk mencari penggantinya bagi menerajui medium Twitter kelak.
Makluman yang dikongsi bersama Reuters itu menjelaskan pihak pengurusannya ingin mengukuhkan kembali operasi Twitter, meskipun akui akan mengambil sedikit masa. Melihat pada situasi tersebut, ini ternyata mengusarkan para pelabur Twitter akan masa hadapan platform media sosial tersebut.
Selain itu, Elon kini dilaporkan turut memberi pilihan kepada pekerjanya untuk bertugas lebih masa atau terpaksa tinggalkan syarikat tersebut. Pilihan itu bertujuan untuk membangunkan semula platform Twitter setelah berdepan pelbagai kerugian dan ketirisan kos operasi.