Artikel

Temasek Hapus Kira Pelaburan Dalam FTX

Setelah mengfailkan muflis di Amerika Syarikat (AS), bursa dagangan kriptowang FTX kini Temasek bertindak untuk hapus kira $275 juta pendanaannya pada platform tersebut.

Langkah Temasek itu dilaporkan dicapai tanpa mengira keputusan permohonan perlindungan daripada muflis oleh FTX. Selain Temasek, rakan pelabur lain seperti Vision Fund, Softbank Group dan Sequoia Capital turut menurunkan nilai pelaburan mereka kepada sifar.

Buat pengetahuan umum, kos pelaburan Temasek melibatkan FTX International dan FTX AS – kedua dana pusingan ini melibatkan suntikan pelaburan sekitar Oktober 2021 sehingga Januari 2022.