Standard Chartered Malaysia pada minggu lalu (10 November) telah melancarkan cawangan bank pertama mesra-haiwan di Plaza Arkadia, Desa ParkCity (DPC).
Pembukaan tersebut adalah sebahagian daripada usaha perbankan SC bersama komuniti setempat untuk memenuhi keperluan pengguna mereka, di samping meraikan konsep mesra-haiwan yang sememangnya telah diterapkan di Desa ParkCity ini.
Oleh itu, para pengguna yang hadir ke cawangan bank tersebut tidak perlu gusar dan boleh membawa haiwan peliharaan untuk menemani anda menyelesaikan urusan bank. Lebih menarik waktu operasi cawangan SC tersebut turut dilanjutkan kepada jam 7 malam pada hari Isnin sehingga Sabtu, rentetan lokasi riadahnya menjadi tumpuan awam.