Artikel

Lorong Khas Buat Pengundi Positif COVID-19 Tidak Dapat Dilaksanakan – KKM

Cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menyediakan laluan khas buat individu positif COVID-19 sebelum ini, ternyata tidak dapat dilaksanakan.

Perkongsian Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada sidang acara di UiTM Puncak Alam hari ini, menjelaskan dengan tegas usul tersebut telah melalui pelbagai fasa perbincangan – namun mengambilkira kekangan tenaga kerja, ruang dan sumber dilihat usul tersebut tidak dapat direalisasikan.

Bagaimanapun mengikut aturan SPR, individu positif COVID-19 akan diberi keutamaan dan diiringi pegawai khas untuk melaksanakan proses undian mereka. Oleh itu orang awam tidak perlu khuatir akan pelaksanaan mengundi serta penjarakan fizikal pada Sabtu ini.

Maka susulan itu, mana-mana pengundi yang disahkan positif COVID-19, di nasihatkan untuk mematuhi peraturan ini:

  • Wajib memakai pelitup muka
  • Tidak dibenarkan menaiki kenderaan awam termasuklah perkhidmatan seru-pandu
  • Selepas mengundi tidak dibenarkan berhenti pada mana-mana lokasi lain, segera pulang ke kediaman

Sementara itu ini langkah yang perlu diambil untuk pengundi lain ketika hari mengundi 19 November kelak.