Artikel

Nilai Syarikat Induk Shopee Kini Melonjak $9 Bilion, Setelah Kurangkan Tekanan Kos

Sea, syarikat induk Shopee  kini berjaya meningkatkan penilaian pasaran syarikatnya dengan pertambahan $9 bilion kepada $35 bilion di pasaran. Lonjakan ini berlaku setelah usaha kumpulan mengurangkan tekanan kos melalui pengaturan perbelanjaan operasi dan pembuangan 7,000 pekerja dalam tempoh 6 bulan.

Kawalan tekanan kos operasi ini dapat dilihat pada perkongsian laporan kewangan suku ketiganya, yang didedahkan semalam (15 November). Berdasarkan data itu, Sea mencatatkan kerugian bersih sekitar $569 juta, di samping segmen jualan e-dagang Shopee-nya berjaya melonjak 32% kepada $1.9 bilion.

Lebih menarik pada bahagian Pendapatan atau Kerugian Bukan Operasi Bersih memperlihatkan penurunan pada kerugian dalam faedah pendapatan, faedah perbelanjaan, pelaburan dan keuntungan pertukaran asing kepada $9.2 juta, lebih rendah berbanding tempoh yang sama pada 2021 dengan $12.8 juta.

Namun peningkatan nilai tersebut dilihat masih lagi rendah berbanding penilaian kemuncaknya pada tahun lalu iaitu lebih $200 bilion. Dan berdasarkan makluman data itu Sea juga tidak memperincikan sebarang sasaran masa hadapan, tindakan ini sekaligus menjadikan risiko ketidakpastian kumpulan masih tidak diketahui.