Amerika Syarikat (AS) dan China kini mengambil pendekatan untuk mengelakkan dari sebarang konflik Perang Dingin berlaku. Jaminan ini dikongsikan kedua pihak pada pertemuan sidang kemuncak negara G20 (Kumpulan 20) di Bali pada minggu ini.
Pertemuan Presiden Joe Biden dan Presiden Xi Jinping itu mengikut laporan pemerhati ekonomi, akan menjadi langkah permulaan untuk kedua negara mengurangkan ketegangan antara pentadbiran negara.
Kedua pihak menzahirkan untuk laksana ‘persaingan’ secara aman tanpa memulakan konflik demi mencapai keseimbangan dalam sektor ekonomi. Semua ketahui kesan perang perdagangan kedua negara berupaya memberi kesan yang mendalam kepada pertumbuhan global.
Selain mencapai kata sepakat itu, AS dan China turut membincangkan hala tuju isu serantau, peperangan nuklear dan impak ekonomi yang sedang didepani semua pihak.
Akan tetapi meskipun kedua pihak telah menzahirkan matlamat yang sama untuk mengelakkan berlakunya konflik, AS dan China kekal memiliki percanggahan pendapat berhubung isu Taiwan.