Artikel

Touch n Go eWallet Ingin Perkenal Kad Prabayar VISA Pada Disember 2022

Touch n Go eWallet kini memaklumkan mereka akan memperkenalkan kad prabayar Visa tersendiri pada pertengahan kedua Disember 2022 ini.

Dengannya, kad prabayar tersebut akan dipautkan kepada baki pengguna di dompet digital Touch n Go eWallet, sekaligus membolehkan ia digunakan pada mana-mana peruncit seluruh dunia yang menerima kad Visa. Pengguna juga boleh mengeluarkan baki akaun dalam bentuk tunai di ATM yang menyokong pengeluaran Visa.

Ia dikatakan kad prabayar ini tidak akan menyokong pembayaran di terminal TNG disebabkan oleh kekangan teknikal yang mengehadkan dua cip NFC dalam satu kad sama.

TNG dijangka berkongsi lanjut berkenaan penawaran ini pada bulan hadapan.