Sempena PRU15 kelak, PLUS menjangkakan sehingga 1.9 juta kenderaan akan memenuhi lebuh raya negara mulai 17 November ini sehingga 21 November kelak.
Maka untuk persediaan kesesakan trafik ini, PLUS kini mengeluarkan cadangan waktu perjalanan (TTA) buat pengguna lebuh raya dari Lembah Klang yang menuju ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Utara) dan Johor supaya memasuki lebuh raya sebelum jam 10 pagi. Manakala, pengguna dari Lembah Klang yang menuju ke lain-lain negeri dinasihatkan masuk ke lebuh raya di antara jam 1 petang hingga 4 petang.
Sementara bagi perjalanan pulang semula ke Lembah Klang dan ibu kota bermula 20 November hingga 21 November pula, pengguna dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Utara), Johor dan lain-lain negeri disarankan supaya memasuki lebuh raya sebelum jam 10 pagi.
Maka menerusi jangkaan kesesakan ini, semua pemandu diminta untuk mengatur perjalanan anda dan memastikan menambah-nilai kad tol perjalanan anda bagi mengelakkan sebarang kesulitan berlaku.