Ekoran mengurangkan tekanan kerugian, syarikat induk Shopee iaitu Sea Group didapati telah memberhentikan sekitar 7,000 pekerjaan bersamaan 10% daripada jumlah petugasnya dalam tempoh 6 bulan.
Melihat tindakan Sea mengurangkan tenaga kerjanya ini, mengikut laporan Bloomberg jumlah kerugiannya terkini dijangka lebih besar pada makluman suku ketiga hari ini (15 November). Tidak hanya itu, pertumbuhan hasil juga dijangka terus perlahan pada suku ketiga ini.
Buat pengetahuan umum, Sea akan melampirkan status aliran kewangan suku ketiga kumpulan pada hari ini, menerusi perkongsian tersebut akan diketahui sejauh mana tindakan pemberhentian pekerja Sea akan berlarutan.
Setakat September lalu, Sea telah melaksanakan pemberhentian pekerja pada segmen e-dagang Shopee, selain itu pihak pengurusan tertinggi Sea turut bertindak melepaskan perolehan gaji mereka sehingga syarikat kembali stabil.