Artikel

Pemegang Kad Visa Malaysia Kini Boleh Laksana Pembelian Secara Pantas – Bersama Google Wallet

Visa dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran Google Wallet pada hari ini untuk pemegang kad Visa – secara terus membolehkan para pengguna untuk melaksanakan pembelian secara pantas dan selamat bersama dompet digital Google. 

Menurut Pengurus Negara Visa Malaysia Ng Kong Boon, pelancaran Google Wallet akan memudahkan lebih ramai pemegang kad visa di negara untuk meningkatkan pilihan pembayaran digital mereka. Untuk makluman di Malaysia hari ini, didapati lebih daripada tujuh dalam 10 transaksi Visa adalah melibatkan pembayaran nirsentuhan. Maka adanya sokongan Google Wallet ia akan merancakkan lagi persekitaran tersebut. 

Turut menyokong kenyataan tersebut, Marc Woo Pengarah Urusan Google Malaysia menyatakan sokongan berganda bersama penyedia kewangan teknologi ini akan membantu rakyat Malaysia menerima pelbagai akses menarik dengan hanya laksana pembayaran atau sebarang pembelian melalui dompet digital di telefon pintar mereka sahaja.

Buat pengetahuan umum, pemegang kad Visa boleh melaksanakan transaksi menggunakan peranti WearOS dan semua peranti Android yang menggunakan Android 5.2 atau versi lebih baharu dan memuat turun aplikasi Google Wallet dari Play Store. 

Sebarang maklumat lanjut berhubung penerapan ini, para pemegang kad Visa boleh layari laman www.visa.com.my untuk perincian seterusnya.