Selari dengan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951, para majikan diminta untuk mematuhi pengisytiharan cuti khas pada 18 dan 19 November ini dengan memberi cuti bergaji kepada pekerja. Ini selaras di bawah peruntukan Seksyen 60D(1)(b) Akta Kerja 1955 kerana jika kedua-dua tarikh cuti khas tersebut jatuh pada hari berehat maka secara langsung menjadikan ia sebagai hari kelepasan bergaji.
Langkah peringatan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) ini untuk memastikan setiap majikan tidak mengambil kesempatan atas penawaran cuti tersebut dan menafikan hak bayaran pekerja.
Seperti yang umum ketahui, Perdana Menteri Sementara Ismail Sabri telah mengumumkan pemberian cuti khas pada 18 November dan 19 November ini. Tidak hanya penawaran tol percuma dalam tempoh yang sama turut tersedia di 30 lebuh raya di seluruh Malaysia.