Artikel

Bursa Malaysia Perkenal Bursa Fund Platform, Rancakkan Arena Pelaburan

Bursa Malaysia kini menampilkan platform Bursa Fund buat para pelabur untuk laksana hala tuju pelaburan mereka dengan kemudahan rujukan lebih komprehensif berkaitan unit amanah dan dana borong.

Lebih menarik medium ini turut membolehkan para pelabur melakukan perbandingan dana pantas dan turut menyediakan senarai pantau (watchlist ) buat pelabur untuk menjejak serta memantau dana yang memenuhi keperluan pelaburan, risiko mereka.

Malah platform ini turut membenarkan pelabur berkomunikasi secara langsung dengan pengurus dana yang mengambil bahagian sekiranya mereka ingin mula melabur dalam dana atau untuk mendapatkan perkhidmatan secara peribadi.

Bursa turut menjejaskan platform baharu ini sebahagian daripada strategi mereka untuk mempunyai penawaran produk yang pelbagai bagi menyediakan pilihan pelaburan untuk orang ramai yang melabur serta menjadi destinasi pelaburan pilihan untuk semua.