Artikel

TNG eWallet Ingin Tangani Isu Scam, Bakal Terap 5 Strategi Sekuriti Mulai Mac 2023

Touch ‘n Go eWallet, penyedia dompet digital negara kini mengumumkan pemerkasaan pada sistem pengesahan mereka seiring dengan matlamat Bank Negara Malaysia (BNM) mulai suku pertama 2023 secara berperingkat. 

Pada perkongsian sidang hari ini (15 November) TNG eWallet menperincikan ini 5 strategi tersebut: 

  • Peralihan OTP berasaskan SMS ke ciri pengesahan lebih selamat 
  • Menghalang transaksi yang mencurigakan dan beri ancaman 
  • Jangka masa pengaktifan akan menjadi lebih lama 
  • Sedia platform aduan dan sebarang laporan berkaitan aktiviti penipuan 

Melihat pada usaha itu, ini secara langsung menjadikan TNG eWallet lebih keterdepan bersama pihak perbankan negara menyahut gesaan BNM untuk memperkasakan sistem pengesahan tunai. 

Lebih menarik TNG eWallet turut mengumumkan secara rasminya menjadi sebahagian daripada National Scam Response Center iaitu pusat yang bertindak menangani isu penipuan secara menyeluruh. Penyertaan itu sekaligus meningkatkan lagi kecekapan TNG eWallet pada operasi mereka.