AirAsia Aviation Group, iaitu cabang penerbangan Capital A yang menawarkan tambang murah kini memiliki potensi untuk digabungkan bersama AirAsia X Bhd (AAX) sebagai sebahagian usaha penstrukturan semula kumpulan tersebut.
Buat pengetahuan umum, sebelum ini kedua-syarikat syarikat penerbangan tersebut dilaksanakan secara berasingan meskipun memiliki tampuk pimpinan yang sama di bawah Tony Fernandes dan Datuk Kamarudin Meranun.
Mengikut laporan TheEdge, gabungan ini tidak akan melibatkan sebarang peralihan wang tunai namun ia akan melibatkan pertukaran untuk saham AAX. Potensi penggabungan ini secara langsung akan memperlihatkan penyatuan penerbangan tambang rendah di bawah jenama AirAsia dan ia dijangka akan terus disenaraikan di Bursa di bawah AAX dan membantu kumpulan menangani status PN17.
Seperti yang umum sedia maklum Capital A kini diklasifikasikan PN17, atau Nota Amalan (Practice Note) 17/2005 sejak Januari 2022 adalah suatu aturan yang ditetapkan Bursa Malaysia terhadap kumpulan syarikat yang bermasalah dari aspek kewangan. Penyenaraian ini berisiko mengakibatkan sesebuah syarikat terkeluar daripada papan Bursa Malaysia. Secara ringkasnya, entiti berkaitan gagal memenuhi kriteria minimum yang ditetapkan oleh Bursa Malaysia.
Di mana ia membawa ciri;
- Dana pemegang saham syarikat kurang daripada 25% daripada jumlah modal berbayar
- Penerima telah dilantik untuk mengawal aset syarikat
- Penggulungan beberapa anak syarikat mereka dan syarikat bersekutu
- Juruaudit telah memberikan kenyataan negatif atau tidak seimbang tentang syarikat
- Tidak patuhi faedah pinjaman dan pembayaran balik hutang syarikat
- Syarikat telah menangguhkan atau menghentikan operasi
- Syarikat tidak memiliki perniagaan ataupun operasi yang signifikan