Setelah mengumumkan cuti khas kepada rakyat negara bagi tarikh 18 November dan 19 November ini, Perdana Menteri Ismail Sabri turut memaklumkan pemberian tol percuma kepada pengguna lebuh raya.
Mengikut perkongsian terbaharu, 30 konsesi lebuh raya di negara ketika ini bersetuju memberi tol percuma kepada rakyat pada tarikh tersebut. Jelas makluman tol percuma tersebut akan bermula pada jam 12.01 pagi 18 November (Jumaat) hingga 11.59 malam pada hari Sabtu, 19 November 2022. Pemberian ini melibatkan semua kenderaan jenis persendirian Kelas 1 sahaja yang dianggarkan sekitar 90% daripada jumlah keseluruhan kenderaan di lebuhraya negara.
Menerusi pemberian ini, ia secara langsung dapat memberi penjimatan kepada pengguna untuk memulakan perjalanan ketika hari mengundi kelak.