Perdana Menteri Ismail Sabri kini secara rasminya mengumumkan pemberian cuti khas bagi tarikh 18 November dan 19 November ini kepada rakyat Malaysia.
Langkah ini bertujuan untuk memudahkan perjalanan rakyat Malaysia pulang mengundi di lokasi terpilih, khususnya buat lokasi yang jauh dan di luar bandar bersempena PRU15 pada 19 November kelak. Malah usaha ini sekaligus dapat memudahkan para pekerja untuk memiliki cuti daripada majikan mereka.
Menerusi pemberian ini ia secara langsung dapat membantu rakyat Malaysia mengatur perjalanan dan mengelak kesesakan trafik daripada berlaku.