Artikel

Ketidakpastian Politik Menjelang PRU15, Dorong Pelabur Untuk Berwaspada

Menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) tidak lama lagi, para pelabur dijangka ambil langkah berwaspada menanti keputusan politik negara pada Sabtu kelak sebelum memulakan langkah seterus mereka dalam bursa tempatan.

Untuk makluman sebelum ini, FBM KLCI mencatatkan pulangan negatif sebanyak 4.5% pada 2008 (PRU12), 0.7% pada 2013 (PRU13) dan 1.3% pula pada 2018 (PRU14). Maka pada keputusan PRU15 kali ini menurut Kenangan Research adalah wajar untuk para pelabur mengambil langkah berhati-hati bagi menilai prestasi saham negara selepas hari mengundi kelak. 

Setakat pagi ini, indeks penanda FBM KLCI telah menurun 3.15 mata kepada 1,465.06 daripada 1,468.21 berbanding penutup Jumaat lalu. Namun indeks utama dilihat kekal dibuka tinggi pada 0.78 mata pada 1,468.99.