Bank Negara Malaysia (BNM) pada hari ini (14 November) mengumumkan kerjasama dalam pengukuhan rangkaian pembayaran rentas sempadan bersama sokongan beberapa negara serantau. Ini meliputi kesepakatan dengan Bank Indonesia (BI), Bangko Sentral Ng Pilipinas (BSP), Money Authority of Singapore (MAS) dan Bank of Thailand (BOT).
Aturan di bawah Memorandum Persefahaman (MOU) Rangkaian Pembayaran Serantau (RPC) itu sekaligus akan menjadikan rangkaian pembayaran rentas sempadan menjadi lebih pantas, murah, telus dan inklusif untuk kegunaan pengguna serantau.
Malah RPC turut dijangka menjadi penyumbang penting dalam mempercepat pemulihan ekonomi serantau dan dapat meningkatkan aktiviti perdagangan, pelaburan, pengukuhan kewangan, pengiriman wang, pelancongan dan kegiatan ekonomi yang lain merentas sempadan.
Kerjasama yang dicapai di Bali pada hari ini juga berpotensi untuk menggalakkan ekosistem kewangan yang lebih yang akan memberikan manfaat khususnya kepada PKS dalam memudahkan penyertaan mereka ke pasaran antarabangsa. Kerjasama ini akan merangkumi beberapa modaliti, termasuk kod QR dan pembayaran pantas.
Usaha ini secara langsung akan mempercepatkan pendigitalan ekonomi dan kewangan di negara serantau.