Artikel

Hampir 4 Juta Penduduk Malaysia Hidap Penyakit Kencing Manis – KKM

Ternyata dianggarkan sekitar 3.9 juta penduduk Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas didapati menghidap diabetes.

Perkongsian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersempena pada Hari Diabetes, hari ini (14 November) pada Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019 menjelas 1 daripada 5 orang dewasa di negara menghidap penyakit diabetes.

Berdasarkan perincian itu, sekitar 5.3% kumpulan usia 18 tahun sehingga 29 tahun didapati tidak mengetahui akan penyakit kencing manis yang didepani mereka, diikuti 30-39 tahun (8.5%), 40-49 tahun (12.4%), 50-59 tahun (11.3%) dan 60 tahun ke atas (11.1%).

Manakala mengikut peratusan negeri pula, Negeri Sembilan memaparkan prevalens diabetes tertinggi dengan 33.2%, diikuti Perlis 32.6% dan Pahang 25.7%.