Sarawak kini menghampiri matlamat mereka untuk merealisasikan usaha, miliki syarikat penerbangan komesil sendiri di bawah pengendalian Hornbill Skyways, antara hab penerbangan baharu.
Operasi syarikat penerbangan berskala kecil itu bagaimanapun dijangka dapat beroperasi setelah menerima keputusan Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) untuk mendapatkan lesen.
Berdasarkan sasaran, operasi syarikat penerbangan tersebut dijangka dapat dilaksana dalam tempoh 3 bulan lagi. Menerusi usaha tersebut, iai akan membolehkan kemasukan pelancong secara terus ke Sarawak bersama tawaran harga yang lebih berpatutan.
Selain merancakkan perjalanan domestik, syarikat penerbangan ini turut akan membantu meningkatkan aliran laluan seperti Singapura, Bangkok dan Hong Kong.