Artikel

CBI Menyekat Cadangan Jualan Pegangan NDTV Sebanyak 20% Pada Astro Awani

Kumpulan media terkemuka India, iaitu NDTV, kini menyatakan Biro Penyiasatan Pusat (CBI) di India menyekat cadangan penjualan pegangan saham sebanyak 20% oleh NDTV pada Astro Awani.

Buat masa ini, sebab disebalik sekatan ini tidak diketahui lagi. NDTV menyatakan penjualan pegangan saham tersebut memerlukan kelulusan beberapa pihak, termasuk Reserve Bank of India dan juga sejumlah pihak berkuasa yang lain.

Sebelum ini, pada awal tahun ini, NDTV telah bersetuju untuk menjual pegangan sebanyak 20% pada Astro Awani pada harga RM8.5 juta. Dengan langkah ini, proses tersebut dijangka akan mengambil sedikit masa lebih lama berbanding apa yang disasarkan.