Artikel

LRT Laluan Kelana Jaya Beroperasi Kembali Bermula 6 Pagi Esok, 14 November

Selepas mengalami gangguan sejak daripada minggu lepas, kini ia dimaklumkan yang mana perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya akan kembali beroperasi sepenuhnya bermula 6 pagi esok, 14 November 2022.

Sebelum ini, LRT laluan Kelana Jaya mengalami gangguan sistem kawalan tren automatik, sekaligus membuatkan ribuan pengguna terkandas dan menyukarkan mereka berulang-alik dari sesuatu lokasi, termasuk dari pejabat.

Untuk semua pengguna terjejas, LRT akan memberikan pampasan tiket selama 7 hari.