Bursa dagangan kriptowang popular, FTX yang dilanda pelbagai krisis sepanjang minggu ini, kini telah memfailkan muflis di Amerika Syarikat. Selari dengannya juga, CEO FTX, iaitu Sam Bankman-Fried akan melepaskan jawatan CEO FTX.
Sejumlah anak syarikat dan yang berkait dengan FTX turut telah memulakan proses melibatkan kemuflisan ini.
Dengan langkah ini, FTX dijangka akan memulakan proses dalam menilai situasi dan aset, sekaligus memastikan pemulangan yang baik kepada pelbagai pihak berkaitan.
Sebelum ini, ia didapati dana disalah-guna, dan pelbagai faktor kewangan tidak dilaporkan dengan baik. Beberapa hari lepas, Binance telah mengatakan sedang menilai untuk mengambil-alihnya, tetapi menarik diri selepas hanya sehari.
Kesan daripadanya juga, pelbagai kriptowang mengalami penurunan nilai mendadak pada minggu ini.