Artikel

AirAsia Akan Naik Taraf Sistem Tempahan, Bakal Alami Gangguan Pada 23 November

Bermula 23 November pada jam 9 malam sehingga 24 November pada jam 3 pagi – para pengguna AirAsia diminta untuk bersedia akan sebarang gangguan pada sistem tempahan penerbangan dan proses mereka. Ini kerana pada tempoh tersebut langkah naik-taraf akan dilaksanakan.

Gangguan ini turut merangkumi sistem daftar masuk secara kendiri atas talian (check-in), tempahan tiket, dan aktiviti penebusan mata ganjaran pada airasia Super App serta laman sesawang.

Tidak hanya itu, sesi naik taraf ini turut akan menjejaskan ketersediaan perkhidmatan daftar masuk dan daftar masuk bagasi di semua lapangan terbang di mana AirAsia beroperasi. Akan tetapi usaha khuatir, kakitangan AirAsia yang bertugas akan tersedia di lapangan terbang untuk membantu para pengguna yang terlibat memudahkan urusan kemasukan bagasi.

Untuk makluman gangguan ini hanya melibatkan perkhidmatan penerbangan sahaja – sementara khidmat lain di airasia Super App dan laman web seperti airasia ride, airasia food, hotel, dan airasia Travelmall tidak akan terjejas dan boleh diakses seperti biasa. Maka bagi sebarang maklumat lanjut, para pengguna boleh layari laman AirAsia untuk ketahui penjelasan seterusnya.