Artikel

Inflasi Malaysia Dijangka Kekal Tinggi, Pada Akhir 2022 – BNM

Inflasi keseluruhan Malaysia dijangka sederhana bagi baki tahun 2022, namun paras tersebut dilihat akan kekal tinggi untuk suku keempat kelak.

Makluman Bank Negara Malaysia (BNM) pada tinjauan perkembangan Ekonomi dan Kewangan Suku Ketiga 2022 hari ini (11 November) menjelaskan secara keseluruhannya paras inflasi negara dijangka berpurata pada 3.3% untuk tahun ini.

Perkara ini berlaku susulan permintaan semakin melonjak dikala keadaan kos yang sedang tinggi.

Bagi tahun 2023 pula, inflasi keseluruhan dan inflasi teras dijangka kekal tinggi berikutan tekanan permintaan dan kos, serta sebarang perubahan yang akan berlaku pada dasar dalam negeri. Namun BNM menegaskan kesan peningkatan inflasi itu akan terus dibendung dengan kawalan harga, subsidi serta lebihan kapasiti yang boleh ditampung dalam ekonomi negara.

Akan tetapi perlu diakui sebarang risiko yang melanda pada pertumbuhan dunia akan turut memberi kesan kepada tekanan kos di Malaysia. Antaranya ketidaktentuan harga komoditi dunia serta konflik perdagangan akan terus berisiko mengugat kesejahteraan bekalan negara.