Artikel

GoTo Rancang Memberhentikan Lebih 1,000 Pekerja – Ingin Atasi Tekanan Kos

Selepas Meta, GoTo (Gojek-Tokopedia) firma teknologi milik Indonesia pula dilaporkan akan membuang lebih 1,000 pekerjanya dalam usaha mengurangkan tekanan kos dan meningkatkan semula status kewangan mereka.

Pengurangan tersebut mengikut makluman Bloomberg akan merangkumi semua bahagian kumpulan dan anggaran tersebut bersamaan dengan lebih 10% tenaga kerja mereka.

Setakat akhir Jun ini, GoTo memiliki sekitar 9,360 pekerja tetap dan 455 pekerja lagi adalah petugas sementara. Berdasarkan jumlah kakitangan tersebut, tidak diperincikan berapa peratusan penamatan pekerja akan berlaku dalam dua kumpulan tersebut.