Artikel

Sarawak Kaji Naikkan Gaji Penjawat Awam, Tangani Isu Rasuah

Mengambil pendekatan yang diterapkan pada negara jiran Singapura, Sarawak ketika ini dalam pertimbangan untuk mengkaji menaikkan gaji penjawat awam negeri.

Langkah tersebut adalah sebahagian daripada usaha pentadbiran negeri untuk membendung gejala rasuah dan salah guna kuasa.

Menurut makluman semalam Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Abang Openg melihat pendekatan tersebut akan membantu, tingkatkan daya integriti penjawat awam negeri dan sekaligus menampung tekanan kos sara hidup yang didepani masyarakat awam ketika ini.

Kajian tersebut akan dilaksanakan secara terperinci meliputi sistem bergaji, faedah pencen yang akan dirujuk pada perkhidmatan awam persekutuan. Namun Sarawak melihat pelbagai usaha boleh dilaksanakan negeri tanpa bergantung sepenuhnya kepada jabatan persekutuan (JPA).

Maka untuk merealisasikan usaha itu, ketika ini sebuah rang undang-undang khusus sedang dirangka oleh Sarawak untuk menubuhkan dana kekayaan berdaulat yang dijangka dapat dibentang pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) kelak.