Artikel

Elon Musk Beri Amaran Twitter Mungkin Boleh Muflis

Setelah mengambil-alih platform media sosial, Elon Musk memberi gambaran Twitter mungkin berdepan muflis, susulan status kewangan syarikat tersebut dilihat tidak seimbang.

Buat pengetahuan umum, Twitter sebelum ini telah dilaporkan menanggung kerugian lebih $4 juta setiap hari ekoran perbelanjaan operasi yang tinggi. Tidak hanya itu platform ini turut mengalami kemerosotan apabila ramai pengiklan di maklumkan telah beralih arah dan menghentikan penawaran berikutan berdepan tekanan beberapa pihak.

Untuk makluman umum, Musk telah membeli Twitter pada nilai $44 bilion pada akhir Oktober lalu dan kini telah melaksanakan pemberhentian pekerja pengurusan kanan untuk melandaikan komitmen kos operasi mereka.